Skip to content
In forceUpdated to 8 Sep 2023Read it in English

Bahagian IV · Pengurusan Aduan

26. Dapatan Jawatankuasa Aduan

Feedback & support
(1)

Jika Jawatankuasa Aduan berpuas hati bahawa suatu kesalahan tatatertib dizahirkan dan bahawa aduan itu lebih baik diuruskan oleh Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan,

Jawatankuasa Aduan hendaklah dengan segera membuat suatu laporan kepada Suruhanjaya mengenai aduan itu berserta dengan syor untuk merujukkan aduan itu kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan untuk pertimbangan Suruhanjaya.

24 Undang-Undang Malaysia AKTA 700

(2)

Jika Jawatankuasa Aduan berpuas hati bahawa suatu kesalahan di bawah Bahagian IV Akta Suruhanjaya Pencegahan

Rasuah Malaysia 2009 dizahirkan, Jawatankuasa Aduan hendaklah dengan segera membuat suatu laporan kepada Suruhanjaya mengenai aduan itu berserta dengan syor untuk merujukkan aduan itu kepada

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk pertimbangan Suruhanjaya.

(3)

Jika Jawatankuasa Aduan berpuas hati bahawa suatu salah laku yang dinyatakan dalam seksyen 24 dizahirkan dan bahawa terdapat asas bagi Suruhanjaya memulakan suatu penyiasatan sepenuhnya, Jawatankuasa Aduan hendaklah dengan segera membuat suatu laporan kepada Suruhanjaya mengenai aduan itu berserta dengan syor supaya Suruhanjaya memulakan penyiasatan sepenuhnya mengenai salah laku itu untuk pertimbangan Suruhanjaya.

(4)

Jika Jawatankuasa Aduan berpuas hati bahawa—

(a)

aduan itu tidak termasuk dalam ruang lingkup salah laku yang dinyatakan dalam seksyen 24;

(b)

aduan itu bersifat remeh atau menyusahkan, atau bahawa aduan itu tidak dibuat dengan suci hati;

(c)

hal perkara aduan itu kecil;

(d)

salah laku yang diadukan itu telah berlaku terlalu lama dahulu untuk mewajarkan suatu penyiasatan dijalankan;

(e)

terdapat atau telah tersedia ada suatu cara tebus rugi alternatif dan memuaskan bagi pengadu; atau

(f)

hal perkara aduan itu telah diputuskan secara muktamad oleh mana-mana mahkamah atau menjadi hal perkara apa-apa prosiding yang belum selesai di mana-mana mahkamah, termasuklah apa-apa prosiding rayuan, maka Jawatankuasa Aduan hendaklah membuat suatu laporan kepada

Suruhanjaya mengenai aduan itu dan dapatannya, termasuk alasan bagi dapatannya, dan membuat syor supaya Suruhanjaya menolak aduan itu.

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 25

Report

Bahagian V

Kuasa Penyiasatan

Bahagian VI

Kesalahan

Bahagian VII

Schedules