Skip to content
In forceUpdated to 8 Sep 2023Read it in English

Bahagian IV · Pengurusan Aduan

27. Tindakan oleh Suruhanjaya selepas dapatan Jawatankuasa Aduan

Feedback & support
(1)

Jika Suruhanjaya, selepas menimbangkan laporan dan syor

Jawatankuasa Aduan di bawah subseksyen 26(1), bersetuju dengan syor

Jawatankuasa Aduan itu dan Suruhanjaya tidak berhasrat memulakan penyiasatan sepenuhnya mengenai aduan itu, Suruhanjaya hendaklah merujukkan aduan itu kepada Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan untuk tindakannya.

(2)

Jika Suruhanjaya, selepas menimbangkan laporan dan syor

Jawatankuasa Aduan di bawah subseksyen 26(2), bersetuju dengan syor

Jawatankuasa Aduan itu, Suruhanjaya hendaklah merujukkan aduan itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk tindakannya.

(3)

Jika Suruhanjaya telah merujukkan suatu aduan kepada Pihak

Berkuasa Tatatertib yang berkenaan di bawah subseksyen (1) atau

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di bawah subseksyen (2)

untuk tindakan, Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan atau

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, mengikut mana-mana yang berkenaan, hendaklah menjalankan penyiasatannya sendiri dan menyampaikan dapatannya kepada Suruhanjaya dalam masa tiga puluh hari dari tarikh penerimaan aduan itu daripada Suruhanjaya.

(4)

Jika Suruhanjaya, selepas menimbangkan laporan dan syor

Jawatankuasa Aduan di bawah subseksyen 26(3), bersetuju dengan syor Jawatankuasa Aduan itu dan berpendapat bahawa Suruhanjaya patut memulakan penyiasatan sepenuhnya mengenai aduan itu,

Suruhanjaya hendaklah memaklumkan—

(a)

dalam hal jika aduan salah laku itu bersifat tatatertib,

Pihak Berkuasa Tatatertib yang berkenaan; atau

(b)

dalam hal jika aduan salah laku itu bersifat jenayah, agensi penguatkuasaan yang berkaitan dan Pendakwa Raya, dan memulakan penyiasatan mengenai aduan itu di bawah Akta ini.

(5)

Jika Suruhanjaya, selepas menimbangkan laporan, dapatan dan syor Jawatankuasa Aduan di bawah subseksyen 26(4), bersetuju

26 Undang-Undang Malaysia AKTA 700

dengan dapatan dan syor Jawatankuasa Aduan itu dan Suruhanjaya tidak berhasrat untuk menyiasat aduan itu, Suruhanjaya hendaklah menolak aduan itu.

(6)

Jika Suruhanjaya tidak berpuas hati dengan laporan dan syor atau dapatan Jawatankuasa Aduan di bawah subseksyen 26(1), (2),

(3)

atau (4), Suruhanjaya hendaklah mengarahkan Pasukan Petugas untuk membuat penyiasatan lanjut mengenai aduan itu.

(7)

Pasukan

Petugas hendaklah melaporkan dapatan penyiasatannya kepada Suruhanjaya dalam masa empat belas hari bagi keputusan muktamad Suruhanjaya.

(8)

Suruhanjaya hendaklah memaklumkan pengadu tentang tindakan yang diambil di bawah seksyen ini.

Report

Bahagian V

Kuasa Penyiasatan

Bahagian VI

Kesalahan

Bahagian VII

Schedules