Seksyen 48
Laporan tahunan
of Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009
ActIn forceProvision 48 of 55
Seksyen 48
(1)
Suruhanjaya hendaklah, tidak lewat daripada mesyuarat pertama Parlimen bagi tahun yang berikutnya, mengemukakan suatu laporan tahunan kepada Parlimen mengenai semua aktivitinya dalam tahun yang dimaksudkan dalam laporan itu.
(2)
Laporan itu hendaklah mengandungi suatu senarai semua perkara yang dirujukkan kepada Suruhanjaya dan tindakan yang telah diambil berkenaan dengannya.