Skip to content

Seksyen 52

Obligasi kerahsiaan

of Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009

ActIn forceProvision 52 of 55
Seksyen 52
(1)

Kecuali bagi maksud Akta ini atau bagi maksud apa-apa prosiding sivil atau jenayah di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau jika selainnya dibenarkan oleh Suruhanjaya—

(a)

tiada Pesuruhjaya, pegawai dan kakitangan Suruhanjaya dan anggota Pasukan Petugas, sama ada semasa atau selepas tempoh jawatan atau penggajiannya, boleh menzahirkan apa-apa maklumat yang didapatinya semasa menjalankan tugasnya; dan

(b)

tiada orang lain yang dengan apa jua cara mempunyai akses kepada apa-apa maklumat atau dokumen yang berhubungan dengan hal ehwal Suruhanjaya boleh menzahirkan maklumat atau dokumen itu.

Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 41

(2)

Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau kedua-duanya.