Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 · Updated to 1 Jan 2019 · Bahagian II · Penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman
12. Perlindungan daripada liabiliti persendirian
Feedback & supportTiada anggota Suruhanjaya boleh menanggung liabiliti persendirian bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh apa-apa perbuatan atau peninggalan dalam mentadbirkan hal ehwal Suruhanjaya, melainkan jika kerugian atau kerosakan itu disebabkan oleh perbuatan atau peninggalan yang salah yang disengajakan olehnya.