Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 · Updated to 1 Jan 2019 · Bahagian II · Penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman
19. Setiausaha kepada Suruhanjaya
Feedback & supportHendaklah dilantik seorang Setiausaha kepada Suruhanjaya oleh Perdana Menteri daripada kalangan anggota perkhidmatan awam am Persekutuan bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam surat cara pelantikannya.
Setiausaha hendaklah bertanggungjawab bagi—
penjalanan, pentadbiran dan pengurusan am fungsi dan aktiviti Suruhanjaya; dan
pelaksanaan keputusan Suruhanjaya.
Undang-Undang Malaysia 18
Setiausaha hendaklah melaksanakan apa-apa kewajipan lain sebagaimana yang diarahkan oleh Suruhanjaya dari semasa ke semasa.
Dalam menunaikan kewajipannya Setiausaha hendaklah bertindak di bawah kuasa dan arahan am Suruhanjaya.