Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 · Updated to 1 Jan 2019 · Bahagian II · Penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman
20. Pegawai dan pekhidmat Suruhanjaya
Feedback & support(1)
Hendaklah dilantik apa-apa bilangan pegawai dan pekhidmat
Suruhanjaya sebagaimana yang perlu daripada kalangan anggota perkhidmatan awam am Persekutuan bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam surat cara pelantikan mereka untuk membantu Suruhanjaya dalam melaksanakan peruntukan dalam Akta ini.
(2)
Tiap-tiap pegawai dan pekhidmat Suruhanjaya hendaklah tertakluk kepada arahan, kawalan dan pengawasan Setiausaha.