Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 · Updated to 1 Jan 2019 · Bahagian II · Penubuhan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman
18. Jawatankuasa
Feedback & supportSuruhanjaya boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa sebagaimana yang difikirkannya patut untuk membantunya dalam pelaksanaan fungsinya.
Suruhanjaya boleh melantik mana-mana anggotanya untuk menjadi pengerusi atau anggota jawatankuasa.
Suruhanjaya boleh pada bila-bila masa memberhentikan atau membuat apa-apa perubahan dalam komposisi anggota jawatankuasa.
Tertakluk kepada apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat oleh Perdana Menteri, sesuatu jawatankuasa yang ditubuhkan oleh
Suruhanjaya boleh menentukan tatacaranya sendiri.
Pengerusi sesuatu jawatankuasa hendaklah menyebabkan minit mesyuaratnya disenggarakan dan disimpan dalam bentuk yang sepatutnya dan salinan minit kesemua mesyuaratnya hendaklah dikemukakan kepada anggota Suruhanjaya seberapa segera yang mungkin.
Sesuatu jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang yang bukan anggota jawatankuasa itu untuk menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasa itu bagi maksud menasihatinya tentang apa-apa perkara yang dibincangkan tetapi orang itu tidak berhak untuk mengundi pada mesyuarat itu.