Skip to content

Seksyen 118B

of Akta Syarikat Labuan 1990

ActIn forceProvision 140 of 210

Seksyen 118B

(1)

Sesuatu syarikat Labuan, syarikat Labuan asing atau perbadanan boleh bercantum dan berterusan sebagai syarikat Labuan yang didaftarkan di Labuan yang baginya peruntukan Akta ini dan mana-mana undang-undang lain yang terpakai bagi syarikat Labuan hendaklah terpakai:

Dengan syarat bahawa syarikat Labuan, syarikat Labuan asing atau perbadanan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, tidak boleh menjadi suatu entiti berlesen di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 atau Akta Perkhidmatan Kewangan dan

Sekuriti Islam Labuan 2010.

(2)

Sesuatu syarikat asing Labuan atau perbadanan hendaklah mendapatkan semua kebenaran yang perlu, jika ada, yang dikehendaki di bawah undang-undang bidang kuasa yang dalamnya ia diperbadankan atau pada masa ini didaftarkan untuk membolehkannya bercantum dan berterusan sebagai syarikat Labuan yang berdaftar di Labuan, dan hendaklah memfailkan dengan

Lembaga bukti dokumentar mengenai kebenaran itu.

(3)

Peruntukan seksyen 118A hendaklah terpakai, mutatis mutandis, bagi percantuman di bawah seksyen ini mengikut cara yang sama sebagaimana yang terpakai bagi percantuman di bawah seksyen 118A.

Syarikat Labuan 147