Skip to content

Seksyen 131

of Akta Syarikat Labuan 1990

ActIn forceProvision 180 of 210

Seksyen 131

(1)

Peruntukan Subpenggal 3 Penggal 7 Bahagian III dan

Penggal 1 dan Penggal 2 Bahagian IV Akta Syarikat 2016 terpakai bagi penerimaan dan penggulungan sesuatu syarikat Labuan, tertakluk pada apa-apa pengubahsuaian dan penyesuaian sebagaimana yang perlu, dan khususnya sebutan “syarikat”

hendaklah dikira sebagai sebutan mengenai syarikat Labuan.

(2)

Kaedah-Kaedah Syarikat (Penggulungan) 1972 [P.U. (A) 289/1972]

juga terpakai bagi penggulungan sesuatu syarikat Labuan, tertakluk pada apa-apa pengubahsuaian dan penyesuaian yang perlu dan khususnya sebutan “syarikat” hendaklah dikira sebagai sebutan mengenai syarikat Labuan.

(3)

Seorang pelikuidasi yang dilantik di bawah peruntukan

Bahagian ini hendaklah menjadi seorang pelikuidasi yang diluluskan sebagaimana yang dikehendaki oleh subseksyen 12(1).