Skip to content

Seksyen 14

of Akta Syarikat Labuan 1990

ActIn forceProvision 18 of 210

Seksyen 14

(1)

Tertakluk pada Akta ini, sesuatu syarikat amanah Labuan atau mana-mana orang lain boleh, dengan menurunkan tandatangannya pada suatu memorandum dan mematuhi kehendak mengenai pendaftaran, membentuk suatu syarikat Labuan bagi apa-apa maksud yang sah.

(2)

Jika penandatangan sesuatu memorandum adalah suatu perbadanan atau syarikat amanah Labuan, memorandum itu boleh ditandatangani oleh perbadanan atau syarikat amanah Labuan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, di bawah meterainya atau oleh seseorang yang telah diberi kuasa dengan sempurnanya bagi pihaknya.

(3)

Sesuatu syarikat Labuan boleh menjadi —

Syarikat Labuan 41

(a)

syarikat berhad dengan syer;

(b)

syarikat berhad dengan jaminan; atau

(c)

syarikat tidak berhad.