Seksyen 151D
Seksyen 151D
Jika nama sesuatu syarikat Labuan telah dipotong daripada daftar di bawah seksyen 151 atau seksyen 151BA dan kekal dipotong secara terus-menerus daripada daftar selama tempoh satu tahun dan enam bulan, syarikat Labuan itu hendaklah disifatkan telah dibubarkan, tetapi Lembaga boleh memohon kepada Mahkamah pada atau sebelum habis tempoh satu tahun dan enam bulan itu supaya syarikat itu dilikuidasikan dan seorang yang dilantik oleh Mahkamah hendaklah menjadi pelikuidasi yang diluluskan bagi syarikat Labuan itu.
(2)
Jika suatu syarikat Labuan telah dibubarkan menurut subseksyen (1), Mahkamah boleh, pada bila-bila masa dalam tempoh enam tahun selepas tarikh pembubaran, atas permohonan daripada mana-mana orang yang pada pendapat Mahkamah mempunyai locus standi dan kepentingan yang sah dalam syarikat Labuan itu, jika
Mahkamah berpuas hati bahawa pada masa pembubaran syarikat
Labuan itu, syarikat Labuan itu belum menjelaskan segala hutang dan liabilitinya atau nama syarikat Labuan itu dikembalikan, membuat suatu perintah menurut terma tertentu yang mengisytiharkan pembubaran itu tidak sah, dan prosiding itu boleh dianggap seolah-olah syarikat itu tidak dibubarkan dan Mahkamah boleh melalui perintah memberi arahan dan membuat peruntukan tertentu.
204
Undang-Undang Malaysia