Skip to content
In forceUpdated to 10 Jun 2022Read it in English

Bahagian V · Pengurusan dan Pentadbiran

85. Section 85

Feedback & support
(1)

Tiap-tiap syarikat Labuan hendaklah pada setiap masa mempunyai suatu pejabat berdaftar di Labuan, yang mana pejabat itu hendaklah pejabat utama suatu syarikat amanah Labuan atau mana-mana pejabat lain yang diluluskan oleh Lembaga.

(2)

Notis mengenai tempat letaknya pejabat berdaftar sesuatu syarikat Labuan hendaklah diberi mengikut bentuk yang ditetapkan kepada Lembaga dalam masa satu bulan selepas tarikh pemerbadanan syarikat itu.

(3)

Jika sesuatu syarikat

Labuan telah menukar pejabat berdaftarnya, ia hendaklah memberi notis mengenai pertukaran itu mengikut bentuk yang ditetapkan kepada Lembaga dalam masa satu bulan selepas pertukaran tersebut.

(4)

Sesuatu syarikat amanah Labuan hendaklah mempamerkan di pejabat utamanya, di tempat yang mudah kelihatan dalam huruf rumi yang mudah dibaca, nama syarikat Labuan yang mempunyai pejabat berdaftarnya di alamatnya.

(5)

Jika berlaku keingkaran pada mematuhi seksyen ini, syarikat itu dan tiap-tiap pegawai syarikat itu yang ingkar melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.

Penalti: *Lima puluh ribu ringgit. Penalti ingkar.

*CATATAN—Sebelum ini “Sepuluh”—lihat subeksyen 29(b) Akta Syarikat Labuan (Pindaan) 2022

[Akta A1653].

Syarikat Labuan 97

Report

Bahagian VI

Akaun dan Audit

Bahagian VII

Perkiraan dan Pembentukan Semula

Bahagian VIII

Syarikat Labuan Asing

Bahagian IX

Penerimaan dan Penggulungan

Bahagian X

Pelbagai

Bahagian IV

Bahagian IV (setakat yang berhubung dengan syarikat

Schedules