Seksyen 7
Maksud yang dibenarkan bagi pemerbadanan
Sesuatu syarikat Labuan boleh diperbadankan bagi apa-apa maksud yang sah dan, tertakluk pada mana-mana undang-undang bertulis lain mengenai perkhidmatan kewangan yang terpakai bagi
26
Undang-Undang Malaysia
Labuan, hendaklah menjalankan perniagaannya hanya di, dari atau melalui Labuan.
(2)
Tertakluk pada subseksyen (3), sesuatu syarikat Labuan boleh menjalankan perniagaan dengan seorang pemastautin.
(3)
Tiada syarikat Labuan boleh —
(a)
menerbitkan atau menawarkan kepada mana-mana pemastautin untuk memohon beli atau membeli; atau
(b)
mempelawa mana-mana pemastautin untuk memohon beli atau membeli, apa-apa kepentingan menurut peruntukan yang berkenaan dalam
Akta Skim Kepentingan 2016 [Akta 778] jika terbitan atau tawaran itu atau pelawaan itu dibuat di Malaysia, selain Labuan, melainkan jika peruntukan Akta Skim Kepentingan 2016 itu dipatuhi.
(4)
(Dipotong oleh Akta A1653).
(5)
(Dipotong oleh Akta A1653).
(6)
(Dipotong oleh Akta A1653).