Skip to content

Seksyen 75

of Akta Syarikat Labuan 1990

ActIn forceProvision 82 of 210

Seksyen 75

(1)

Tertakluk pada seksyen ini, apa-apa peruntukan yang terkandung dalam sesuatu surat ikatan, atau dalam apa-apa kontrak dengan pemegang kepentingan yang dimaksudkan oleh sesuatu surat ikatan sedemikian, hendaklah tidak sah setakat yang ia mempunyai kesan mengecualikan seseorang pemegang amanah atau wakil di bawah surat ikatan itu daripada, atau untuk menanggung rugi seseorang pemegang amanah atau wakil terhadap, liabiliti kerana pecah amanah jika pemegang amanah atau wakil itu gagal menunjukkan tahap berhati-hati dan usaha yang dikehendaki daripada seseorang pemegang amanah atau wakil.

(2)

Subseksyen (1) tidak boleh menidaksahkan—

(a)

apa-apa pelepasan yang selainnya diberi dengan sah berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan, atau yang tidak dilakukan, oleh seorang pemegang amanah atau wakil sebelum pelepasan itu diberi; atau

(b)

apa-apa peruntukan yang membolehkan sesuatu pelepasan sedemikian diberi—

(i)

atas persetujuan suatu majoriti tidak kurang daripada tiga perempat daripada pemegang kepentingan yang

90

Undang-Undang Malaysia mengundi dengan sendiri atau melalui proksi di suatu mesyuarat yang dipanggil bagi maksud itu; dan

(ii)

sama ada mengenai perbuatan atau peninggalan tertentu, atau apabila pemegang amanah atau wakil itu tidak lagi bertindak.