Seksyen 9
Penyerahan dokumen
Tiap-tiap dokumen yang dikehendaki atau dibenarkan untuk diserahkan kepada atau difailkan dengan Lembaga di bawah peruntukan Akta ini hendaklah diserahkan atau difailkan melalui suatu syarikat amanah Labuan atau mana-mana entiti lain yang diluluskan oleh Lembaga.
(2)
Tiap-tiap permohonan kepada Lembaga bagi apa-apa perakuan yang akan dikeluarkan di bawah Akta ini atau bagi apa-apa cabutan atau salinan apa-apa perakuan yang dikeluarkan di bawah Akta ini atau apa-apa dokumen yang diserahkan kepada atau difailkan dengan
Lembaga hendaklah dibuat melalui suatu syarikat amanah Labuan atau mana-mana entiti lain yang diluluskan oleh Lembaga:
Dengan syarat bahawa subseksyen ini tidaklah terpakai—
(a)
jika suatu permohonan dibuat berkenaan dengan sesuatu syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing oleh seorang anggota syarikat itu dan dokumen, perakuan, cabutan atau salinan itu bagi kegunaannya sendiri; atau
(b)
jika suatu permohonan dibuat oleh sesuatu syarikat Labuan atau syarikat Labuan asing untuk mendapat suatu lesen bagi maksud menjalankan atau menawarkan untuk menjalankan perniagaan suatu syarikat pengurusan di bawah