Skip to content

Seksyen 20

Kuasa untuk masuk dan memeriksa premis

of Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984

ActIn forceProvision 22 of 28
Seksyen 20

(1)

Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai diberi kuasa mempunyai kuasa untuk memasuki pada bila-bila masa yang munasabah mana-mana premis yang disyaki dengan munasabahnya sebagai digunakan bagi maksud taman asuhan kanak-kanak tanpa pendaftaran atau jika dia ada apa-apa alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa telah berlaku perlanggaran terhadap peruntukan Akta ini dan hendaklah memeriksa premis itu untuk membuat apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu.

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 308

(2)

Dalam menjalankan pemeriksaan di bawah seksyen ini Ketua

Pengarah atau mana-mana pegawai diberi kuasa boleh—

(a)

mengemukakan soalan mengenai pengurusan taman asuhan kanak-kanak kepada, orang yang didaftarkan di bawah Akta ini dan kepada mana-mana orang lain yang menjaga taman asuhan kanak-kanak yang keterangannya ia fikirkan perlu, dan semua orang sedemikian terikat di sisi undang-undang untuk menjawab soalan itu dengan benar sepanjang yang mereka boleh berikan;

(b)

menghendaki orang yang menjaga supaya mengemukakan di hadapannya semua atau apa-apa rekod yang dikehendaki disimpan di bawah Akta ini; dan

(c)

menyita atau mengambil salinan apa-apa rekod yang dikemukakan di hadapannya di bawah perenggan (b).

(3)

Mana-mana orang boleh enggan mematuhi apa-apa kehendak atau perintah oleh seorang pegawai diberi kuasa yang bertindak atau berupa bertindak di bawah Akta ini jika pegawai itu enggan apabila diminta mengisytiharkan identitinya atau mengemukakan suatu surat kuasanya, mengikut mana yang berkenaan.