Skip to content

Seksyen 20A

Kuasa untuk mengelak

of Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984

ActIn forceProvision 23 of 28
Seksyen 20A
(1)

Jika Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai diberi kuasa mempunyai sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana rumah, bangunan, premis atau tempat lain digunakan sebagai suatu taman asuhan kanak-kanak yang tidak didaftarkan di bawah peruntukan Akta ini, Ketua Pengarah atau pegawai diberi kuasa boleh mengambil apa-apa langkah yang difikirkannya perlu atau dengan apa-apa cara mengelak taman asuhan kanak-kanak itu.

(2)

Orang yang menggunakan rumah, bangunan, premis atau tempat itu sebagai taman asuhan kanak-kanak yang telah dilak hendaklah—

Taman Asuhan Kanak-Kanak 19

(a)

dalam masa dua puluh satu hari dari pengelakan itu mengemukakan kepada Ketua Pengarah atau pegawai diberi kuasa itu perakuan pendaftaran taman asuhan kanak-kanak itu; dan

(b)

menanggung apa-apa kos yang dilakukan berbangkit daripada tindakan itu.

(3)

Lak itu hendaklah ditanggalkan jika—

(a)

orang itu mematuhi kehendak subseksyen (2); atau

(b)

suatu perintah mahkamah diperoleh terhadap orang itu supaya orang itu berhenti daripada menggunakan rumah, bangunan, premis atau tempat itu sebagai taman asuhan kanak-kanak, mengikut mana-mana yang terdahulu.

(4)

Ketua Pengarah atau pegawai diberi kuasa itu yang bertindak di bawah seksyen ini tidaklah bertanggungan bagi apa-apa kos berbangkit daripada tindakan itu atau kerosakan kepada rumah, bangunan, premis atau tempat yang dilak di bawah seksyen ini melainkan jika kerosakan itu dilakukan dengan sengaja.

(5)

Apa-apa tindakan yang diambil di bawah seksyen ini berkenaan dengan mana-mana rumah, bangunan, premis atau tempat lain tidak boleh melarang pendakwaan mana-mana orang yang menggunakan rumah, bangunan, premis atau tempat itu sebagai taman asuhan kanak-kanak dengan melanggar Akta ini.