Child Care Centre Act 1984 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian VI · Pelbagai
23. Peraturan-peraturan
Feedback & supportMenteri boleh membuat peraturan-peraturan untuk menjalankan maksud Akta ini.
Khususnya dan tanpa menyentuh keluasan kuasa yang tersebut di atas, peraturan-peraturan itu boleh membuat peruntukan bagi semua atau apa-apa perkara yang berikut—
penjalanan, pengurusan dan penyeliaan taman asuhan kanak-kanak;
tugas dan tanggungjawab orang-orang yang didaftarkan berhubungan dengan taman asuhan kanak-kanak;
kelayakan, pengalaman, perlantikan, tugas, tanggungjawab dan disiplin orang bagi maksud penjalanan, pengurusan dan penyeliaan taman asuhan kanak-kanak;
penjagaan kesihatan dan pemakanan kanak-kanak yang dijaga di taman asuhan kanak-kanak;
pendaftaran penjaga kanak-kanak yang diambil bekerja di taman asuhan kanak-kanak;
penyimpanan dan penyenggaraan apa-apa daftar mengenai kanak-kanak, dalam apa-apa bentuk yang difikirkan patut oleh Menteri;
penetapan kehendak minimum bagi taman asuhan kanak-kanak untuk digunakan bagi penerimaan masuk kanak-kanak dan peruntukan bagi mengadakan keperluan kebersihan minimum, bekalan air dan perkara lain mengenai kesihatan berhubungan dengan bangunan itu;
penetapan kelengkapan minimum;
penetapan borang yang hendak digunakan dan maklumat yang hendak diberikan bagi mana-mana maksud Akta ini;
22 Undang-Undang Malaysia AKTA 308
pemberian perakuan dan pengeluaran salinan perakuan dalam hal perakuan yang hilang atau musnah;
fi yang hendak dibayar di bawah Akta ini;
penetapan apa-apa jua yang dikehendaki ditetapkan atau yang boleh ditetapkan di bawah Akta ini.