Akta Tandatangan Digital 1997 · Updated to 1 Jan 2006 · Bab 2
36. Representasi atas pengeluaran
Feedback & supportDengan mengeluarkan sesuatu perakuan, pihak berkuasa pemerakuan berlesen memperakui kepada semua yang dengan munasabahnya bergantung pada maklumat yang terkandung dalam perakuan itu bahawa—
(a)
maklumat dalam perakuan itu dan yang disenaraikan sebagai disahkan oleh pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu adalah tepat;
(b)
segala maklumat yang boleh diramalkan material kepada kebolehpercayaan perakuan itu dinyatakan atau digabungkan secara rujukan dalam perakuan itu;
(c)
pelanggan itu telah menerima perakuan itu; dan
(d)
pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu telah mematuhi segala undang-undang terpakai yang mengawal pengeluaran perakuan itu.