Akta Tandatangan Digital 1997 · Updated to 1 Jan 2006 · Bab 6
53. Pembatalan atas permintaan
Feedback & supportSuatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen hendaklah membatalkan sesuatu perakuan yang dikeluarkan olehnya tetapi yang bukan suatu perakuan transaksi,—
apabila menerima permintaan untuk membatalkan daripada pelanggan yang dinamakan dalam perakuan itu; dan
apabila mengesahkan bahawa orang yang meminta pembatalan ialah pelanggan itu atau ialah ejen pelanggan itu yang mempunyai kuasa untuk meminta pembatalan itu.
Tandatangan Digital 41
Suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen hendaklah mengesahkan sesuatu permintaan untuk pembatalan dan membatalkan perakuan dalam satu hari perniagaan selepas menerima kedua-dua permintaan bertulis pelanggan dan keterangan yang dengan munasabahnya mencukupi untuk mengesahkan identiti orang yang meminta pembatalan itu atau ejen itu.