Akta Tandatangan Digital 1997 · Updated to 1 Jan 2006 · Bab 3
38. Representasi tersirat oleh pelanggan
Feedback & supportDengan menerima sesuatu perakuan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa pemerakuan berlesen, pelanggan yang disenaraikan dalam perakuan itu memperakui kepada semua yang dengan munasabahnya bergantung pada maklumat yang terkandung dalam perakuan itu bahawa—
pelanggan itu memegang kunci persendirian yang berpadanan dengan kunci awam yang disenaraikan dalam perakuan itu secara sah;
segala representasi yang dibuat oleh pelanggan itu kepada pihak berkuasa pemerakuan berlesen dan yang material kepada maklumat yang disenaraikan dalam perakuan itu adalah benar; dan
segala representasi material yang dibuat oleh pelanggan itu kepada pihak berkuasa pemerakuan berlesen atau yang dibuat dalam perakuan itu dan tidak disahkan oleh pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu dalam mengeluarkan perakuan itu adalah benar.