Seksyen 27
Penggunaan sistem boleh dipercayai
of Akta Tandatangan Digital 1997
ActIn forceProvision 22 of 57
Seksyen 27
(1)
Suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen hendaklah hanya menggunakan sistem boleh dipercayai—
(a)
untuk mengeluarkan, menggantung atau membatalkan perakuan;
(b)
untuk menyiarkan atau memberikan notis mengenai pengeluaran, penggantungan atau pembatalan perakuan;
dan
(c)
untuk menghasilkan kunci persendirian, sama ada bagi dirinya atau bagi pelanggan.
(2)
Seorang pelanggan hendaklah hanya menggunakan sistem boleh dipercayai untuk menghasilkan kunci persendirian.