Akta Tandatangan Digital 1997 · Updated to 1 Jan 2006 · Bab 8
61. Had liabiliti bagi pihak berkuasa pemerakuan berlesen
Feedback & supportMelainkan jika pihak berkuasa pemerakuan berlesen mengetepikan pemakaian seksyen ini, suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen—
tidaklah berliabiliti bagi apa-apa kehilangan yang disebabkan oleh kebergantungan pada tandatangan digital pelanggan yang palsu atau yang dipalsukan, jika, berkenaan dengan tandatangan digital yang palsu atau yang dipalsukan itu, pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu telah mematuhi kehendak Akta ini;
tidaklah berliabiliti melebihi amaun yang dinyatakan dalam perakuan sebagai had pergantungan yang disyorkannya bagi sama ada—
kehilangan yang disebabkan oleh kebergantungan pada suatu salah nyata dalam perakuan itu mengenai apa-apa fakta yang pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu dikehendaki mengesahkan; atau
kegagalan mematuhi seksyen 29 dan 30 dalam mengeluarkan perakuan itu; dan
tidaklah berliabiliti bagi—
ganti rugi punitif atau teladan; atau
ganti rugi bagi sakit atau penderitaan.