Akta Tandatangan Digital 1997 · Updated to 1 Jan 2006 · Bab 4
45. Pihak berkuasa pemerakuan berlesen hendaklah menjadi fidusiari jika memegang kunci persendirian pelanggan
Feedback & supportJika suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen memegang kunci persendirian yang berpadanan dengan kunci awam yang disenaraikan dalam perakuan yang dikeluarkannya, pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu hendaklah memegang kunci persendirian itu sebagai fidusiari pelanggan yang dinamakan dalam perakuan itu, dan boleh menggunakan kunci persendirian itu hanya dengan kebenaran bertulis terdahulu pelanggan itu, melainkan jika pelanggan itu secara nyata dan bertulis memberikan kunci persendirian itu kepada pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu dan secara nyata dan bertulis membenarkan pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu memegang kunci persendirian itu mengikut terma lain.