Akta Tandatangan Digital 1997 · Updated to 1 Jan 2006 · Bab 5
48. Notis penggantungan
Feedback & supportDengan serta-merta selepas penggantungan sesuatu perakuan oleh pihak berkuasa pemerakuan berlesen, pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu hendaklah menyiarkan suatu notis yang ditandatangani mengenai penggantungan itu dalam repositori yang dinyatakan dalam perakuan itu bagi penyiaran notis penggantungan.
Jika satu atau lebih repositori dinyatakan, pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu hendaklah menyiarkan notis yang ditandatangani mengenai penggantungan itu dalam semua repositori itu.
Jika mana-mana repositori yang dinyatakan tidak lagi wujud atau enggan menerima penyiaran, atau jika tiada repositori sedemikian diiktiraf di bawah seksyen 68, pihak berkuasa pemerakuan berlesen itu hendaklah juga menyiarkan notis itu dalam suatu repositori diiktiraf.
Jika suatu perakuan digantung oleh Suruhanjaya atau mahkamah, Suruhanjaya atau mahkamah hendaklah memberikan notis sebagaimana yang dikehendaki dalam seksyen ini bagi pihak berkuasa pemerakuan berlesen dengan syarat bahawa orang yang meminta penggantungan membayar terdahulu apa-apa fi yang ditetapkan yang dikehendaki oleh repositori untuk menyiarkan notis penggantungan itu.