Seksyen 64
Mesej yang ditandatangani secara digital disifatkan sebagai dokumen bertulis
of Akta Tandatangan Digital 1997
(1)
Suatu mesej hendaklah sah, berkuat kuasa dan berkesan seolah-olah ia telah ditulis atas kertas jika—
(a)
ia mengandungi secara keseluruhannya suatu tandatangan digital; dan 46
Undang-Undang Malaysia
(b)
tandatangan digital itu disahbetulkan oleh kunci awam yang disenaraikan dalam perakuan yang—
(i)
telah dikeluarkan oleh suatu pihak berkuasa pemerakuan berlesen; dan
(ii)
sah pada masa tandatangan digital itu dihasilkan.
(2)
Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menghalang apa-apa mesej, dokumen atau rekod daripada disifatkan sebagai bertulis atau secara tulisan di bawah mana-mana undang-undang terpakai lain.
Mesej yang ditandatangani secara digital disifatkan sebagai dokumen asal 65.
Suatu salinan mesej yang ditandatangani secara digital hendaklah sah, berkuat kuasa dan berkesan seperti asal mesej itu melainkan jika jelas bahawa penandatangan telah menetapkan suatu hal tertentu mesej yang ditandatangani secara digital itu sebagai asal yang unik, yang dalam hal itu hanya hal tertentu itu merupakan mesej yang sah, berkuat kuasa dan berkesan.
Pengesahan tandatangan digital 66.
Perakuan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa pemerakuan berlesen hendaklah merupakan pengakuterimaan tandatangan digital yang disahbetulkan dengan merujuk kepada kunci awam yang disenaraikan dalam perakuan, tidak kira sama ada perkataan mengenai pengakuterimaan nyata terdapat dengan tandatangan digital itu dan tidak kira sama ada penandatangan hadir secara fizikal di hadapan pihak berkuasa pemerakuan berlesen apabila tandatangan digital itu dihasilkan, jika tandatangan digital itu—
(a)
boleh disahbetulkan oleh perakuan itu; dan
(b)
ditambahkan semasa perakuan itu sah.