Seksyen 69
Liabiliti repositori
of Akta Tandatangan Digital 1997
(1)
Walau apa pun apa-apa penolakan oleh repositori atau apa-apa kontrak yang berlawanan antara repositori dan pihak berkuasa pemerakuan berlesen atau pelanggan, repositori hendaklah berliabiliti bagi kehilangan yang dilakukan oleh seseorang yang dengan munasabahnya bergantung pada suatu tandatangan digital yang disahbetulkan oleh kunci awam yang disenaraikan dalam perakuan yang digantung atau dibatalkan, jika kehilangan dilakukan lebih daripada satu hari perniagaan selepas repositori menerima permintaan untuk menyiarkan notis penggantungan atau pembatalan, dan repositori itu tidak menyiarkan notis itu apabila orang itu bergantung pada tandatangan digital itu.
(2)
Melainkan jika diketepikan, repositori diiktiraf atau pemunya atau pengendali repositori diiktiraf—
(a)
tidaklah berliabiliti bagi kegagalan untuk merekodkan penyiaran sesuatu penggantungan atau pembatalan, melainkan jika repositori itu telah menerima notis mengenai penyiaran dan satu hari perniagaan telah berlalu sejak notis itu diterima;
(b)
tidaklah berliabiliti di bawah subseksyen (1) melebihi amaun yang dinyatakan dalam perakuan sebagai had pergantungan yang disyorkan;
(c)
tidaklah berliabiliti di bawah subseksyen (1) bagi—
(i)
ganti rugi punitif atau teladan; atau
(ii)
ganti rugi bagi sakit atau penderitaan;
(d)
tidaklah berliabiliti bagi salah nyata dalam perakuan yang disiarkan oleh pihak berkuasa pemerakuan;
(e)
tidaklah berliabiliti kerana merekodkan atau melaporkan dengan tepat maklumat yang disiarkan oleh pihak berkuasa pemerakuan berlesen, mahkamah atau Suruhanjaya
Tandatangan Digital 49
sebagaimana yang dikehendaki atau dibenarkan di bawah
Akta ini, termasuk maklumat mengenai penggantungan atau pembatalan perakuan; dan
(f)
tidaklah berliabiliti kerana melaporkan maklumat mengenai sesuatu pihak berkuasa pemerakuan, sesuatu perakuan atau seseorang pelanggan, jika maklumat itu disiarkan sebagaimana yang dikehendaki atau dibenarkan di bawah
Akta ini atau disiarkan atas perintah Suruhanjaya pada melaksanakan kewajipan pelesenan dan pengawalseliaannya di bawah Akta ini.