Skip to content
In forceUpdated to 31 Dec 2025Read it in English
Contents

Bahagian III · Penyambungan, Pembelian dan Pengagihan Tenaga Boleh Baharu

14. Keutamaan pembelian dan pengagihan

(1)

Jika pepasangan tenaga boleh baharu telah disambungkan kepada tempat sambungan talian bekalan di bawah subseksyen 13(2), pemegang lesen pengagihan hendaklah, sebagai keutamaan daripada elektrik yang dijana daripada sumber selain sumber boleh baharu, membeli dan mengagihkan melalui talian bekalan keseluruhan kuantiti tenaga boleh baharu yang ada yang dijana oleh pepasangan tenaga boleh baharu yang dipunyai oleh pemegang kelulusan galakan melainkan jika dikecualikan di bawah subseksyen (2).

(2)

Pihak Berkuasa boleh mengecualikan pemegang lesen pengagihan daripada mematuhi subseksyen (1) bagi apa-apa tempoh dan di bawah apa-apa hal keadaan yang difikirkan patut oleh

Pihak Berkuasa dengan mengambil kira keselamatan awam dan keselamatan diri.

(3)

Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit.

Report

Bahagian IV

Tarif Galakan

Bahagian V

Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu

Bahagian VI

Kuasa Mengumpulkan Maklumat

Bahagian VII

Penguatkuasaan

Bahagian VIII

Bahagian IX

Kecualian dan Peralihan

Schedules