Skip to content
In forceUpdated to 31 Dec 2025Read it in English
Contents

Bahagian III · Penyambungan, Pembelian dan Pengagihan Tenaga Boleh Baharu

13. Penyambungan kepada talian bekalan

(1)

Jika perjanjian pembelian kuasa tenaga boleh baharu telah diikat di bawah seksyen 12, pemegang kelulusan galakan boleh memohon kepada pemegang lesen pengagihan bagi penyambungan pepasangan tenaga boleh baharunya kepada suatu tempat sambungan talian bekalan mengikut apa-apa cara yang ditetapkan oleh

Pihak Berkuasa.

(2)

Apabila permohonan di bawah subseksyen (1) diterima, pemegang lesen pengagihan hendaklah menyambungkan pepasangan tenaga boleh baharu itu kepada tempat sambungan talian bekalan dalam apa-apa tempoh yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa.

(3)

Lokasi tempat sambungan talian bekalan yang terpakai hendaklah ditentukan oleh pemegang lesen pengagihan, tanpa menjejaskan seksyen 15.

(4)

Seseorang pemegang lesen pengagihan yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit.

Tenaga Boleh Baharu 21

Report

Bahagian IV

Tarif Galakan

Bahagian V

Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu

Bahagian VI

Kuasa Mengumpulkan Maklumat

Bahagian VII

Penguatkuasaan

Bahagian VIII

Bahagian IX

Kecualian dan Peralihan

Schedules