Akta Tenaga Boleh Baharu 2011 · Updated to 31 Dec 2025 · Bahagian IV · Tarif Galakan
18. Kajian semula dan pelarasan kadar pengurangan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Pihak
Berkuasa hendaklah mengkaji semula kadar pengurangan berkenaan dengan mana-mana kategori pepasangan tenaga boleh baharu sekurang-kurangnya sekali setiap tiga tahun selepas tarikh Akta ini mula berkuat kuasa bagi maksud mempertingkatkan prestasi keseluruhan sistem tarif galakan untuk mencapai objektif Akta ini dengan lebih baik.
Dalam menjalankan kajian semula di bawah subseksyen (1),
Pihak Berkuasa hendaklah mengambil kira—
perkara yang dinyatakan dalam subseksyen 3(3);
keupayaan pemegang kelulusan galakan untuk mendapatkan semula pelaburan permulaan mereka bagi pepasangan tenaga boleh baharu mereka dan menerima pulangan yang memuaskan dalam masa yang munasabah;
kos semasa bagi melengkapkan, membina, mengendalikan dan menyenggarakan pepasangan tenaga boleh baharu yang menggunakan setiap sumber boleh baharu yang tertentu;
kecekapan pepasangan tenaga boleh baharu yang menggunakan setiap sumber boleh baharu yang tertentu berdasarkan teknologi semasa; dan
apa-apa faktor lain yang difikirkan berkaitan oleh
Pihak Berkuasa.
Apabila kajian semula di bawah subseksyen (1) selesai,
Pihak Berkuasa hendaklah mengemukakan laporan mengenai kajian semula itu kepada Menteri dengan atau tanpa syor bagi pelarasan kadar pengurangan.
Menteri boleh, selepas menimbangkan syor bagi pelarasan kadar pengurangan yang dibuat oleh Pihak Berkuasa di bawah subseksyen (3), meluluskan atau menolak syor itu.
24
Undang-Undang Malaysia
Jika Menteri meluluskan syor yang dibuat oleh Pihak Berkuasa di bawah subseksyen (4), dia hendaklah dengan secepat yang dapat dilaksanakan, mengubah kadar pengurangan itu.
Kadar pengurangan yang diubah itu tidak terpakai bagi pemegang kelulusan galakan yang wujud sebelum kadar pengurangan yang diubah itu berkuat kuasa.
Bahagian V
Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu
Bahagian VI
Kuasa Mengumpulkan Maklumat
Bahagian VII
Penguatkuasaan
Bahagian VIII
Bahagian IX