Akta Tenaga Boleh Baharu 2011 · Updated to 31 Dec 2025 · Bahagian IV · Tarif Galakan
22. Penggunaan sumber secara curang untuk menjana elektrik
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Mana-mana orang yang dalam apa-apa cara menjana elektrik secara curang daripada pepasangan tenaga boleh baharu dengan menggunakan sumber selain sumber boleh baharu yang dinyatakan dalam kelulusan galakan yang terpakai bagi pepasangan tenaga boleh baharu itu untuk menerima pembayaran atau pembayaran yang lebih tinggi tarif galakan daripada pemegang lesen pengagihan melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.
Suatu pernyataan bertulis oleh seorang pegawai Pihak Berkuasa atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Pihak Berkuasa yang menyatakan—
jumlah kerugian kepada Kumpulan Wang yang disebabkan oleh pembayaran atau pembayaran yang lebih tinggi tarif galakan di bawah subseksyen (1); dan
orang yang bertanggungjawab bagi jumlah kerugian itu, hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai jumlah kerugian kepada Kumpulan Wang dan orang yang bertanggungjawab bagi jumlah kerugian itu.
Pihak Berkuasa hendaklah menghendaki orang yang disebut dalam subseksyen (1) supaya membayar kepada Pihak Berkuasa jumlah kerugian kepada Kumpulan Wang yang disebabkan oleh pembayaran atau pembayaran yang lebih tinggi tarif galakan kepada orang itu di bawah subseksyen (1).
Jumlah yang dinyatakan dalam pernyataan bertulis di bawah subseksyen (2) yang tidak dibayar hendaklah dianggap sebagai suatu hutang sivil yang kena dibayar kepada Pihak Berkuasa oleh orang itu dan boleh didapatkan melalui tindakan sivil di mahkamah.
Tenaga Boleh Baharu 27
Bahagian V
Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu
Bahagian VI
Kuasa Mengumpulkan Maklumat
Bahagian VII
Penguatkuasaan
Bahagian VIII
Bahagian IX