Skip to content
In forceUpdated to 31 Dec 2025Read it in English
Contents

Bahagian V · Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu

24. Peruntukan daripada tarif elektrik

(1)

Tertakluk pada subseksyen (6), seseorang pemegang lesen pengagihan hendaklah, jika dikehendaki oleh Menteri melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, memperuntukkan dan membayar ke dalam Kumpulan Wang, mengikut apa-apa cara dan pada apa-apa kadar yang dinyatakan dalam perintah itu, sebahagian daripada tarif yang dikenakan oleh pemegang lesen pengagihan itu di bawah subseksyen 26(1) Akta Bekalan Elektrik 1990.

(2)

Seseorang pemegang lesen pengagihan yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit.

28

Undang-Undang Malaysia

(3)

Suatu pernyataan bertulis oleh seorang pegawai Pihak Berkuasa atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Pihak Berkuasa yang menyatakan—

(a)

sebahagian tarif yang belum dibayar di bawah subseksyen (1) yang kena dibayar kepada Kumpulan Wang;

dan

(b)

pemegang lesen pengagihan yang bertanggungjawab bagi sebahagian tarif yang belum dibayar itu, hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai sebahagian tarif yang belum dibayar yang kena dibayar kepada Kumpulan Wang dan pemegang lesen pengagihan yang bertanggungjawab bagi sebahagian tarif yang belum dibayar itu.

(4)

Pihak Berkuasa hendaklah menghendaki pemegang lesen pengagihan itu supaya membayar sebahagian tarif yang belum dibayar yang kena dibayar kepada Kumpulan Wang di bawah subseksyen (1)

kepada Pihak Berkuasa.

(5)

Jumlah yang dinyatakan dalam pernyataan bertulis di bawah subseksyen (3) yang tidak dibayar hendaklah dianggap sebagai suatu hutang sivil yang kena dibayar kepada Pihak Berkuasa oleh orang itu dan boleh didapatkan melalui tindakan sivil di mahkamah.

(6)

Apabila disyorkan oleh Pihak Berkuasa, Menteri boleh melalui perintah yang disiarkan dalam Warta membatalkan kehendak yang dibuat di bawah subseksyen (1) jika dia berpuas hati bahawa terdapat wang yang mencukupi dalam Kumpulan Wang untuk memenuhi maksud Akta ini.

Report

Bahagian VI

Kuasa Mengumpulkan Maklumat

Bahagian VII

Penguatkuasaan

Bahagian VIII

Bahagian IX

Kecualian dan Peralihan

Schedules