Akta Tenaga Boleh Baharu 2011 · Updated to 31 Dec 2025 · Bahagian V · Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu
Akta Tenaga Boleh Baharu 2011 · Updated to 31 Dec 2025 · Bahagian V · Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Wang daripada Kumpulan Wang hendaklah, setakat yang wang itu tidak dikehendaki atau tidak serta-merta dikehendaki untuk dibelanjakan oleh Pihak Berkuasa di bawah Akta ini, dilaburkan mengikut apa-apa cara yang diluluskan oleh Menteri dengan persetujuan Menteri Kewangan.
Pihak Berkuasa hendaklah membuka dan menyenggara akaun atau akaun-akaun untuk menyimpan wang dalam Kumpulan Wang dengan apa-apa bank atau bank-bank di Malaysia sebagaimana yang difikirkannya patut, selepas berunding dengan Menteri dan Menteri
Kewangan, dan tiap-tiap akaun sedemikian hendaklah dikendalikan mengikut apa-apa cara yang dibenarkan oleh Pihak Berkuasa.
Bahagian VI
Bahagian VII
Bahagian IX