Malaysia legislation

Section 14

of AKTA TIMBANGTARA 2005

Seksyen 14

Alasan untuk mencabar

(1)

Seseorang yang didatangi berkaitan dengan kemungkinan orang itu dilantik sebagai seorang penimbang tara hendaklah menzahirkan apa-apa hal keadaan yang berkemungkinan menimbulkan keraguan yang boleh diwajarkan berkenaan dengan kesaksamaan atau kebebasan orang itu.

(2)

Seorang penimbang tara hendaklah, tanpa kelengahan, dari masa pelantikan dan sepanjang prosiding timbang tara itu, menzahirkan apa-apa hal keadaan yang disebut dalam subseksyen (1) kepada pihak-pihak melainkan jika pihak-pihak itu telah diberitahu mengenai hal keadaan itu oleh penimbang tara itu.

(3)

Seorang penimbang tara boleh dicabar hanya jika—

(a)

hal keadaan menimbulkan keraguan yang boleh diwajarkan tentang kesaksamaan atau kebebasan penimbang tara itu;

atau

(b)

penimbang tara itu tidak memiliki kelayakan yang dipersetujui oleh pihak-pihak.

Timbang Tara 19

(4)

Suatu pihak boleh mencabar seseorang penimbang tara yang dilantik oleh pihak itu, atau yang pihak itu mengambil bahagian, hanya atas sebab yang disedari pihak itu selepas pelantikan itu dibuat.