Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2018Read it in English

Bab 3

16. Kegagalan atau kemustahilan untuk bertindak

Feedback & support
(1)

Jika seseorang penimbang tara menjadi tidak berupaya dari segi undang-undang atau hakikat untuk melaksanakan fungsi jawatan itu, atau bagi sebab lain gagal bertindak tanpa kelengahan yang tidak wajar, mandat penimbang tara itu tamat dengan penarikan diri daripada jawatan atau jika pihak-pihak bersetuju dengan penamatan itu.

Undang-Undang Malaysia 20

(2)

Jika mana-mana pihak tidak bersetuju dengan penamatan mandat penimbang tara itu, mana-mana pihak boleh memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk memutuskan penamatan sedemikian dan tiada rayuan boleh dibuat terhadap keputusan Mahkamah

Tinggi itu.

(3)

Jika, di bawah seksyen ini atau subseksyen 15(2), seorang penimbang tara menarik diri daripada jawatan atau suatu pihak bersetuju dengan penamatan mandat seseorang penimbang tara, maka tidaklah boleh tersirat penerimaan tentang kesahan apa-apa alasan yang disebut dalam seksyen ini atau subseksyen 14(3).

Report

Bab 4

Bab 5

Bab 6

Bab 7

Bab 8

Bahagian III

Peruntukan Tambahan yang Berhubungan Dengan Timbang Tara

Bahagian IV

Pelbagai