Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Tafsiran
(1)
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
“award” ertinya suatu keputusan tribunal timbang tara mengenai isi pertikaian dan termasuklah apa-apa award muktamad, interim atau sebahagian dan apa-apa award tentang kos atau faedah tetapi tidak termasuk perintah interlokutori;
Akta 646
Undang-Undang Malaysia 8
Akta 646
“Mahkamah Tinggi” ertinya Mahkamah Tinggi di Malaya dan
Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak atau mana-mana satu daripadanya, mengikut kehendak keadaan;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi timbang tara;
“Negara” ertinya suatu Negara yang berdaulat dan bukan suatu komponen negeri di Malaysia, melainkan jika dinyatakan selainnya;
“penimbang tara pengerusi” ertinya penimbang tara yang ditetapkan dalam perjanjian timbang tara sebagai penimbang tara pengerusi atau pengerusi tribunal timbang tara, penimbang tara tunggal atau penimbang tara ketiga yang dilantik di bawah subseksyen 13(3);
“perjanjian timbang tara” ertinya suatu perjanjian timbang tara sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 9;
“pihak” ertinya suatu pihak kepada suatu perjanjian timbang tara atau, dalam apa-apa hal jika suatu timbang tara tidak melibatkan semua pihak kepada perjanjian timbang tara itu, ertinya suatu pihak kepada timbang tara itu;
“tempat timbang tara” ertinya tempat di mana timbang tara diasaskan sebagaimana yang ditentukan mengikut seksyen 22;
“timbang tara antarabangsa” ertinya suatu timbang tara yang—
(a)
salah satu daripada pihak kepada suatu perjanjian timbang tara, pada masa pembuatan perjanjian itu, mempunyai tempat urusannya di mana-mana Negara selain Malaysia;
(b)
salah satu daripada yang berikut terletak dalam mana-mana Negara selain Malaysia yang tempat pihak-pihak itu mempunyai tempat urusan mereka:
(i)
tempat timbang tara jika ditentukan dalam, atau menurut, perjanjian timbang tara;
(ii)
mana-mana tempat di mana sebahagian besar obligasi mana-mana perhubungan perdagangan atau yang lain yang hendaklah dilaksanakan atau tempat yang dengannya hal perkara pertikaian itu mempunyai kaitan yang paling rapat; atau
Timbang Tara 9
(c)
pihak-pihak telah bersetuju dengan nyata bahawa hal perkara perjanjian timbang tara berkaitan dengan lebih daripada satu Negara;
“timbang tara domestik” ertinya mana-mana timbang tara yang bukan suatu timbang tara antarabangsa;
“tribunal timbang tara” ertinya penimbang tara kecemasan, penimbang tara tunggal atau panel penimbang tara.
(2)
Bagi maksud Akta ini—
(a)
dalam takrif “timbang tara antarabangsa”—
(i)
jika suatu pihak mempunyai lebih daripada satu tempat urusan, sebutan mengenai tempat urusan ialah tempat urusan yang mempunyai perhubungan yang paling rapat dengan perjanjian timbang tara itu; atau
(ii)
jika suatu pihak tidak mempunyai tempat urusan, sebutan mengenai tempat urusan ialah kediaman biasa pihak itu;
(b)
jika peruntukan Akta ini, kecuali seksyen 3, membiarkan pihak-pihak bebas untuk menentukan suatu isu tertentu, kebebasan itu hendaklah termasuk hak pihak-pihak itu untuk membenarkan pihak ketiga, termasuk suatu institusi, untuk menentukan isu itu;
(c)
jika peruntukan Akta ini merujuk kepada hakikat bahawa pihak-pihak telah bersetuju atau bahawa mereka mungkin bersetuju atau mengikut apa-apa cara lain merujuk kepada perjanjian pihak-pihak itu, perjanjian itu hendaklah termasuk apa-apa kaedah-kaedah timbang tara yang disebut dalam perjanjian itu;
(d)
jika peruntukan Akta ini merujuk kepada suatu tuntutan, selain dalam perenggan 27(a) dan 34(2)(a), peruntukan itu hendaklah juga terpakai bagi suatu tuntutan balas, dan jika peruntukan itu merujuk kepada suatu pembelaan, peruntukan itu hendaklah juga terpakai bagi suatu pembelaan kepada tuntutan balas itu.
Undang-Undang Malaysia 10
Akta 646