Akta Timbangtara 2005 · Updated to 1 Nov 2018 · Bahagian I · Permulaan
3. Pemakaian bagi timbang tara dan award di Malaysia
Feedback & supportAkta ini hendaklah terpakai di seluruh Malaysia.
Berkenaan dengan suatu timbang tara domestik, jika tempat timbang tara adalah di Malaysia—
Bahagian I, II dan IV Akta ini hendaklah terpakai; dan
Bahagian III Akta ini hendaklah terpakai melainkan jika pihak-pihak bersetuju selainnya secara bertulis.
Berkenaan dengan timbang tara antarabangsa, jika tempat timbang tara adalah di Malaysia—
Bahagian I, II dan IV Akta ini hendaklah terpakai; dan
Bahagian III Akta ini tidak terpakai melainkan jika pihak-pihak bersetuju selainnya secara bertulis.
Bagi maksud perenggan (2)(b) dan (3)(b), pihak-pihak kepada suatu timbang tara domestik boleh bersetuju untuk mengecualikan pemakaian Bahagian III Akta ini dan pihak-pihak kepada suatu timbang tara antarabangsa boleh bersetuju untuk memakai Bahagian
III Akta ini, secara keseluruhan atau sebahagian.
Perwakilan 3a. Melainkan jika dipersetujui selainnya oleh pihak-pihak, suatu pihak kepada prosiding timbang tara boleh diwakili dalam prosiding itu oleh mana-mana wakil yang dilantik oleh pihak itu.