Akta Timbangtara 2005 · Updated to 1 Nov 2018 · Bab 5
21. Penentuan kaedah tatacara
Feedback & supportTertakluk kepada peruntukan Akta ini, pihak-pihak adalah bebas untuk bersetuju mengenai tatacara yang hendaklah diikuti oleh tribunal timbang tara dalam menjalankan prosiding itu.
Jika pihak-pihak gagal bersetuju di bawah subseksyen (1), tribunal timbang tara boleh, tertakluk kepada peruntukan Akta ini, menjalankan timbang tara mengikut apa-apa cara sebagaimana yang difikirkannya sesuai.
Kuasa yang diberikan kepada tribunal timbang tara di bawah subseksyen (2) hendaklah termasuk kuasa untuk—
menentukan kebolehterimaan, kaitan, kepentingan dan keberatan apa-apa keterangan;
menggunakan pengetahuan dan kemahirannya sendiri;
memerintahkan pengadaan peruntukan butir-butir lanjut dalam pernyataan tuntutan atau pernyataan pembelaan;
memerintahkan pemberian jaminan kos;
Timbang Tara 29
menetapkan dan meminda had masa yang dalamnya pelbagai langkah dalam prosiding timbang tara mesti diselesaikan;
memerintahkan penzahiran dan pengemukaan dokumen atau material dalam milikan atau kuasa suatu pihak;
memerintahkan interogatori untuk dijawab;
memerintahkan supaya apa-apa keterangan diberikan dengan sumpah atau ikrar; dan
membuat apa-apa perintah lain sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh tribunal timbang tara.