Malaysia legislation
Section 25
Seksyen 25
Pernyataan tuntutan dan pembelaan
(1)
Dalam tempoh masa yang dipersetujui oleh pihak-pihak atau, sekiranya tiada persetujuan sedemikian, sebagaimana yang ditentukan oleh tribunal timbang tara, pihak menuntut hendaklah menyatakan—
(a)
fakta yang menyokong tuntutannya;
(b)
perkara yang menjadi isu; dan
(c)
relief atau remedi yang diminta, dan responden hendaklah menyatakan pembelaannya berkenaan dengan butir-butir yang dinyatakan dalam subseksyen ini, melainkan jika pihak-pihak telah bersetuju selainnya kepada elemen yang dikehendaki dalam pernyataan itu.
(2)
Pihak-pihak boleh—
(a)
mengemukakan bersama-sama pernyataan mereka apa-apa dokumen yang difikirkan berkaitan oleh pihak-pihak; atau
Timbang Tara 31
(b)
menambah rujukan kepada dokumen atau keterangan lain yang boleh dikemukakan oleh pihak-pihak.
(3)
Melainkan jika dipersetujui selainnya oleh pihak-pihak, mana-mana satu pihak boleh meminda atau menambah tuntutan atau pembelaan dalam perjalanan prosiding timbang tara itu, melainkan jika tribunal timbang tara berpendapat adalah tidak sesuai untuk membenarkan pindaan itu dengan mengambil kira kelengahan dalam membuatnya.