Skip to content
In forceUpdated to 1 Nov 2018Read it in English

Bab 6

34. Penamatan prosiding

Feedback & support
(1)

Prosiding timbang tara hendaklah ditamatkan oleh suatu award muktamad atau oleh suatu perintah tribunal timbang tara mengikut subseksyen (2).

(2)

Tribunal timbang tara hendaklah memerintahkan penamatan prosiding timbang tara jika—

(a)

pihak menuntut menarik balik tuntutan, melainkan jika responden membantah penarikan balik itu dan tribunal timbang tara mengiktiraf kepentingan sah responden dalam memperoleh suatu penyelesaian pertikaian yang muktamad;

(b)

pihak-pihak bersetuju dengan penamatan prosiding itu;

atau

(c)

tribunal timbang tara mendapati bahawa penerusan prosiding itu bagi apa-apa sebab lain telah menjadi tidak perlu atau mustahil.

(3)

Tertakluk kepada peruntukan seksyen 35 dan subseksyen 37(6), mandat bagi tribunal timbang tara hendaklah tamat dengan penamatan prosiding timbang tara itu.

(4)

Melainkan jika diperuntukkan selainnya oleh mana-mana undang-undang bertulis, kematian suatu pihak tidak menamatkan—

(a)

prosiding timbang tara; atau

(b)

kuasa tribunal timbang tara.

Report

Bab 7

Bab 8

Bahagian III

Peruntukan Tambahan yang Berhubungan Dengan Timbang Tara

Bahagian IV

Pelbagai