Malaysia legislation

Section 33

of AKTA WARISAN KEBANGSAAN 2005

Seksyen 33

Pesuruhjaya boleh membuat Perintah Perlindungan Interim

(1)

Apabila notis disampaikan kepada pemunya tapak di bawah subseksyen 27(1) Pesuruhjaya boleh, dengan persetujuan Pihak

Berkuasa Negeri, mengeluarkan suatu Perintah Perlindungan Interim berhubung dengan sesuatu tapak jika pada pendapat Pesuruhjaya adalah perlu untuk berbuat demikian bagi maksud pemuliharaan dan pemeliharaan tapak itu.

(2)

Perintah Perlindungan Interim hendaklah mengandungi apa-apa syarat sebagaimana yang dinyatakan oleh Pesuruhjaya.

(3)

Pesuruhjaya hendaklah menyebabkan Perintah Perlindungan

Interim disampaikan kepada pemunya tapak.

(4)

Perintah Perlindungan Interim berkuat kuasa pada masa penyampaian Perintah Perlindungan Interim itu.

(5)

Pesuruhjaya boleh pada bila-bila masa membatalkan Perintah

Perlindungan Interim.

(6)

Mana-mana orang yang melanggar Perintah Perlindungan

Interim melakukan suatu kesalahan.

(7)

Pesuruhjaya boleh membuat apa-apa perkiraan dengan pemunya atau penduduk tapak bagi apa-apa kerugian atau kerosakan yang dialami atau dikatakan telah dialami oleh pemunya atau penduduk itu disebabkan oleh Perintah Perlindungan Interim itu.

(8)

Bagi maksud seksyen ini, Pihak Berkuasa Negeri hendaklah bererti Menteri Besar atau Ketua Menteri sesuatu Negeri, mengikut mana-mana yang berkenaan.