Malaysia legislation

Section 96

of AKTA WARISAN KEBANGSAAN 2005

Seksyen 96

Rayuan

(1)

Mana-mana orang boleh, dalam masa tiga puluh hari dari tarikh pemberitahuan keputusan Pesuruhjaya, merayu secara bertulis kepada Menteri jika orang itu terkilan—

(a)

oleh keputusan Pesuruhjaya untuk menetapkan atau tidak menetapkan sesuatu tapak sebagai tapak warisan di bawah seksyen 31;

(b)

oleh pengeluaran Perintah Perlindungan Interim di bawah seksyen 33;

(c)

oleh pengeluaran Perintah Pemeliharaan Monumen di bawah seksyen 41;

(d)

oleh keputusan Pesuruhjaya untuk meluluskan atau menolak permohonan untuk mendaftarkan suatu objek sebagai objek warisan di bawah seksyen 51; atau

(e)

oleh penolakan Pesuruhjaya untuk meluluskan apa-apa lesen di bawah seksyen 83 atau 86 atau apa-apa pendaftaran di bawah seksyen 91.

64

Undang-Undang Malaysia

(2)

Menteri boleh mengesahkan, mengakas atau mengubah keputusan yang dirayukan terhadap dan, dalam mengesahkan, mengakas atau mengubah keputusan itu, boleh mengenakan apa-apa terma atau syarat yang difikirkannya adil atau perlu.

(3)

Sebelum membuat apa-apa keputusan di bawah subseksyen (2), Menteri boleh merujukkan perkara itu kepada Majlis.

(4)

Keputusan Menteri di bawah seksyen ini adalah muktamad.

(5)

Jika keputusan itu diakas atau diubah, butir-butir pengakasan atau pengubahan itu hendaklah dimasukkan ke dalam Daftar.