mana-mana peninggalan manusia, tumbuh-tumbuhan atau haiwan yang berusia atau semunasabahnya dipercayai berusia sekurang-kurangnya satu ratus tahun;
“butiran warisan” ertinya apa-apa Warisan Kebangsaan, tapak warisan, objek warisan atau warisan kebudayaan di bawah air yang disenaraikan dalam Daftar;
“butiran warisan asing” ertinya mana-mana butiran yang ditetapkan dan dilindungi sedemikian oleh perundangan sesuatu negara asing, yang merupakan suatu pihak kepada suatu triti tentang perlindungan objek atau bahan kebudayaan;
“Daftar” ertinya Daftar Warisan Kebangsaan yang diwujudkan dan disenggarakan di bawah seksyen 23 yang mengandungi suatu senarai butiran warisan;
“harta karun” ertinya apa-apa wang, syiling, emas, perak, saduran, barang kemas bulion, batu berharga atau apa-apa objek atau benda bernilai yang dijumpai tersembunyi dalam, atau dijumpai dalam apa-apa jua yang melekat pada, tanah atau dasar sesuatu sungai atau tasik atau laut, yang tuan punyanya tidak diketahui atau tidak dapat dijumpai, tetapi tidak termasuk apa-apa warisan kebudayaan ketara;
Warisan Kebangsaan 13
“kawasan” termasuklah kerja manusia atau gabungan kerja alam dan manusia, dan kawasan yang termasuk tapak zaman purba yang mempunyai nilai sejagat yang menonjol dari pandangan sejarah, estetik, etnologi atau antropologi;
“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Warisan yang ditubuhkan di bawah seksyen 20;
“lapangan terbang kastam” dan “pelabuhan kastam” mempunyai erti yang sama yang diberikan kepadanya oleh Akta Kastam 1967
[Akta 235];
“Majlis” ertinya Majlis Warisan Kebangsaan yang ditubuhkan di bawah seksyen 8;
“melindungi” ertinya pengenalpastian, perlindungan, pemuliharaan, pembaikpulihan, pengubahelokan, penyenggaraan, pendokumenan dan penggiatan semula perkara, artifak, kawasan bersejarah atau tradisional dan persekitarannya;
“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi warisan;
“monumen” ertinya kerja seni bina, kerja membuat arca dan mengecat monumen, elemen atau struktur daripada jenis arkeologi, inskripsi, penghunian gua dan gabungan ciri, yang mempunyai nilai sejagat yang menonjol dari pandangan sejarah, seni atau sains;
“objek” termasuklah mana-mana benda purba boleh alih, warisan kebudayaan ketara, warisan kebudayaan tidak ketara dan objek bersejarah tetapi tidak termasuk harta karun;
“objek bersejarah” ertinya apa-apa artifak atau objek lain yang padanya terdapat kepentingan keagamaan, tradisional, artistik atau bersejarah dan termasuklah mana-mana—