Skip to content
In forceUpdated to 1 Jun 2006Read it in English

Bahagian VIII · Objek Warisan

47. Penjumpaan objek

Feedback & support
(1)

Mana-mana orang yang menjumpai apa-apa objek yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai mempunyai warisan kebudayaan yang penting hendaklah dengan serta-merta memberitahu

Pesuruhjaya, mana-mana pegawai yang diberi kuasa atau Pegawai

Daerah bagi daerah tempat objek itu dijumpai, dan jika boleh dilaksanakan, menghantarkan objek itu kepada Pesuruhjaya, pegawai yang diberi kuasa atau Pegawai Daerah yang hendaklah memberikan suatu pengakuterimaan bertulis mengenainya.

(2)

Jika Pegawai Daerah mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa mana-mana objek yang dijumpai di dalam kawasannya mempunyai warisan kebudayaan yang penting, dia boleh melalui notis secara bertulis menghendaki orang yang mempunyai milikan objek itu menghantarkan objek itu kepadanya dengan serta-merta, dan Pegawai Daerah itu apabila menerima objek itu hendaklah memberikan pengakuterimaan bertulis dan hendaklah menyimpan objek tersebut dengan selamat.

(3)

Pegawai Daerah hendaklah menyampaikan pemberitahuan di bawah subseksyen (1) atau notis bertulis di bawah subseksyen (2) kepada Pesuruhjaya secepat yang dapat dilaksanakan.

(4)

Mana-mana ejen, kontraktor atau pelaksana bagi Kerajaan

Persekutuan, Kerajaan Negeri atau pemunya tanah beri hakmilik yang menjumpai di tapak projek apa-apa objek yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa objek itu mempunyai warisan kebudayaan yang penting, maka ejen, kontraktor atau pelaksana itu hendaklah melaporkan kepada Pesuruhjaya yang hendaklah dengan serta-merta memeriksa objek itu.

(5)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (4)

melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

WJW21/0262 Akta 645.indd 40 1/29/21 7:25 AM

Warisan Kebangsaan 41

Report

Bahagian IX

Warisan Kebudayaan di Bawah Air

Bahagian X

Warisan Kebangsaan

Bahagian XI

Harta Karun

Bahagian XII

Pelesenan

Bahagian XIII

Rayuan

Bahagian XIV

Bahagian XV

Kesalahan

Bahagian XVI

Pelbagai

Bahagian XVII

Peruntukan Pemansuhan dan Kecualian