Akta Warisan Kebangsaan 2005 · Updated to 1 Jun 2006 · Bahagian III · Pentadbiran Akta
6. Fungsi Pesuruhjaya
Feedback & supportFungsi Pesuruhjaya adalah seperti yang berikut:
untuk menentukan penetapan tapak, pendaftaran objek dan warisan kebudayaan di bawah air;
WJW21/0262 Akta 645.indd 19 1/29/21 7:25 AM
20
Undang-Undang Malaysia
untuk mewujudkan dan menyenggarakan Daftar dan untuk menentukan dan menetapkan kategori warisan yang hendak disenaraikan dalam Daftar;
untuk mengawasi dan menyelia pemuliharaan, pemeliharaan, pembaikpulihan, penyenggaraan, penggalakan, pemameran dan kemudahan akses warisan;
untuk menggalakkan dan memudahkan apa-apa penyelidikan yang berhubungan dengan warisan;
untuk membenarkan, memantau dan mengawasi penggalian bagi maksud warisan;
untuk menyenggarakan dokumen-dokumen yang berhubungan dengan apa-apa penggalian, penjelajahan, penjumpaan atau pencarian warisan;
untuk menubuhkan dan menyenggarakan perhubungan dan kerjasama dengan Pihak Berkuasa Negeri berkenaan dengan pemuliharaan dan pemeliharaan perkara-perkara warisan;
untuk menasihati dan menyelaraskan dengan pihak berkuasa perancang tempatan, Majlis dan badan dan entiti lain di semua peringkat bagi maksud melindungi, menggalakkan dan berurusan dengan apa-apa warisan;
untuk menggalakkan dan mengawal selia standard dan amalan yang terpakai dalam pemuliharaan dan pemeliharaan warisan;
untuk menasihati Menteri berhubung dengan apa-apa perkara berkenaan dengan pemuliharaan dan pemeliharaan warisan;
untuk melaksanakan apa-apa fungsi lain di bawah Akta ini sebagaimana yang diberikan oleh Menteri dari semasa ke semasa; dan
untuk melakukan semua perkara yang bersampingan dengan atau berbangkit daripada penunaian kuasa dan fungsinya.