Akta Warisan Kebangsaan 2005 · Updated to 1 Jun 2006 · Bahagian X · Warisan Kebangsaan
70. Pertukaran pemunyaan Warisan Kebangsaan
Feedback & supportMaka tidak boleh ada pertukaran berkenaan dengan pemunyaan mana-mana Warisan Kebangsaan kecuali melalui—
pewarisan; atau
penjualan, dengan kelulusan Pesuruhjaya terlebih dahulu.
Jika pemunya, penjaga atau pemegang amanah berniat untuk menjual suatu Warisan Kebangsaan, pemunya, penjaga atau pemegang amanah itu hendaklah memberi keutamaan kepada Pesuruhjaya untuk membeli Warisan Kebangsaan itu pada nilai yang dipersetujui atau atas arahan Pesuruhjaya untuk diuruskan mengikut apa-apa cara yang difikirkan patut oleh Pesuruhjaya.
Jika terdapat apa-apa pertikaian antara Pesuruhjaya dengan pemunya mengenai pampasan yang munasabah bagi Warisan
Kebangsaan itu, pertikaian itu hendaklah dirujukkan kepada Menteri yang keputusannya adalah muktamad.
Jika suatu penjualan telah dilakukan menurut perenggan (1)(b), pemunya, penjaga atau pemegang amanah dan pembeli hendaklah memberitahu secara bertulis kepada
Pesuruhjaya dalam masa tiga puluh hari selepas pertukaran pemunyaan dan Pesuruhjaya hendaklah menyebabkan dibuat pindaan yang perlu dalam Daftar.