Skip to content
In forceUpdated to 15 Jul 2022Read it in English

Bahagian VI · Kesalahan-Kesalahan

33. Sekatan ke atas pengamal tidak berdaftar

Feedback & support
(1)

Seseorang yang tidak berdaftar di bawah Akta ini—

(a)

tidak boleh mengamalkan atau menjalankan atau mengendalikan, atau mengemukakan dirinya sebagai seorang yang mengamal atau menjalankan atau mengendalikan, atau bekerja, sebagai pengamal berdaftar;

(b)

tidak boleh menggunakan gelaran “berdaftar” dengan

Profesion Kesihatan Bersekutu masing-masing atau apa-apa gelaran dalam mana-mana bahasa yang semunasabahnya boleh ditafsirkan bahawa dia seorang pengamal berdaftar;

(c)

jika seseorang itu tidak didaftarkan sebagai seorang pakar di bawah seksyen 21, tidak boleh mengemukakan dirinya sebagai pakar;

Profesion Kesihatan Bersekutu 29

(d)

tidak boleh menggunakan atau mempamerkan apa-apa tanda, kad atau peranti lain yang memperkenalkan atau membayangkan bahawa dia seorang pengamal berdaftar;

atau

(e)

tidak berhak untuk mendapatkan kembali dalam mana-mana mahkamah, apa-apa fi, caj atau saraan bagi apa-apa nasihat atau perkhidmatan profesional yang diberikan sebagai pengamal berdaftar.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Report

Bahagian VII

Penguatkuasaan

Bahagian VIII

Schedules