Akta Profesion Kesihatan Bersekutu 2016 · Updated to 15 Jul 2022 · Bahagian VI · Kesalahan-Kesalahan
36. Menggaji seseorang yang bukan pengamal berdaftar
Feedback & supportMana-mana orang yang menggaji seseorang yang tidak berdaftar di bawah Akta ini untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab pengamal Profesion Kesihatan Bersekutu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
Profesion Kesihatan Bersekutu 31
dalam hal seseorang individu—
didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya; atau
bagi suatu kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripadanya selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan; dan
dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan—
didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit; dan
bagi suatu kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripadanya selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.
Jika suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau suatu pertubuhan—
dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, orang yang bertanggungjawab terhadap pertubuhan perbadanan itu;
dalam hal suatu perkongsian, setiap pekongsi dalam perkongsian itu; atau
dalam hal suatu pertubuhan, pemegang-pemegang jawatannya, hendaklah juga bersalah melakukan kesalahan itu dan boleh, apabila disabitkan—
didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun
32 Undang-Undang Malaysia AKTA 774
atau kedua-duanya; dan
bagi suatu kesalahan yang berterusan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripadanya selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.