Skip to content
In forceUpdated to 15 Jul 2022Read it in English

Bahagian VI · Kesalahan-Kesalahan

37. Penalti am

Feedback & support
(1)

Mana-mana orang yang melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau apa-apa peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini yang baginya tiada penalti diperuntukkan dengan nyata boleh, apabila disabitkan—

(a)

dalam hal seseorang individu—

(i)

berkenaan dengan kesalahan pertama, didenda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya; atau

(ii)

berkenaan dengan kesalahan kedua atau yang berterusan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya; dan

(b)

dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan—

(i)

berkenaan dengan kesalahan pertama, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit; dan

(ii)

berkenaan dengan kesalahan kedua atau yang berterusan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit.

(2)

Jika suatu kesalahan di bawah subseksyen (1) dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan, perkongsian atau pertubuhan—

(a)

dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, orang yang bertanggungjawab atas pertubuhan perbadanan itu;

Profesion Kesihatan Bersekutu 33

(b)

dalam hal suatu perkongsian, setiap pekongsi dalam perkongsian itu;

(c)

dalam hal suatu persatuan, pemegang-pemegang jawatannya, hendaklah juga bersalah melakukan kesalahan itu dan boleh, apabila disabitkan—

(i)

berkenaan dengan kesalahan pertama, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya;

dan

(ii)

berkenaan dengan kesalahan kedua atau yang berterusan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Report

Bahagian VII

Penguatkuasaan

Bahagian VIII

Schedules